KARI kepala ikan cukup terkenal dalam kalangan penduduk berbilang kaum di negara ini, malah jika disebut sahaja tentang juadah itu sudah pasti ramai yang akan membayangkannya. Hidangan kari kepala ikan memang enak lebih-lebih lagi jika dimasak menggunakan ikan segar. Juadah istimewa itu boleh dikatakan satu hidangan signature khusus bagi restoran nasi kandar. Antara yang menjadi pilihan warga kota sudah tentu di Restoran Kampung Pandan Kari Kepala Ikan. Berikutan sambutan menggalakkan…









