KUALA LUMPUR 15 Dis. – Hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperoleh sokongan dua pertiga di Parlimen dikhuatiri akan meletakkan kedudukan orang Melayu dan Islam di negara ini dalam bahaya. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyuarakan kebimbangan tersebut melihat kepada trend lompat parti yang semakin rancak berjalan sekarang dan pendirian PH sebelum ini dalam isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Kata beliau, majoriti…