PUTRAJAYA 28 Dis. – Kehadiran Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed sedikit sebanyak telah mencuri tumpuan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di sini hari ini. Beliau yang memakai baju kemeja lengan panjang berwarna merah berlogo bunga raya Bersatu dilihat duduk di barisan kerusi hadapan majlis berkenaan. Majlis itu disempurnakan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Mustapa secara rasmi menyertai Bersatu pada 26 Oktober lalu setelah memutuskan untuk keluar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya