KUALA LUMPUR 24 Dis. – Menjelang sambutan Hari Natal esok, masih ramai membuat persiapan membeli kelengkapan perayaan pada saat-saat akhir. Di ibu kota, kemeriahan perayaan itu dapat dilihat di beberapa pusat beli-belah, hotel dan restoran serta deretan kedai yang dihiasi lampu berwarna-warni dan dekorasi bertemakan sambutan perayaan itu sejak tiga minggu lalu sebagai tarikan, terutamanya kepada pelancong asing. Seperti kebiasaan, saban tahun pokok Krismas merupakan antara dekorasi yang menjadi pilihan…










