Seramai 246 kanak-kanak daripada rumah-rumah anak yatim sekitar Johor bersama-sama Paddle Pop dan Legoland Malaysia Resort (Legoland) telah memanfaatkan 8,000 batang aiskrim bagi membina replika ais krim terbesar menggunakan bahan kitar semula. Replika aiskrim yang menakjubkan itu telah berjaya disenaraikan ke dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia. Dengan bertemakan seni mesra alam, Paddle Pop telah membina rangka replika aiskrim tersebut dan kanak-kanak ini kemudiannya berusaha mengumpul batang-batang aiskrim menerusi beberapa siri permainan yang menyeronokkan. Batang aiskrim berkenaan kemudiannya diwarnakan bagi menghasilkan replika aiskrim yang bertemakan pelangi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya