DAHULU ia hidup terbiar. Makanannya hanyalah apa yang diselongkar dalam tong sampah. Kalau nasibnya baik, adalah insan mulia yang memberikannya makanan. Namun kini kucing itu hidup sihat hingga dinamakan Snowy kerana warna bulunya yang putih dan gebu. Tempat makannya pula umpama sebuah pavilion. Mungkin tidak tercapai oleh akal fikiran kita untuk berbuat demikian, namun apa yang boleh dirangkumkan, begitulah tanda kasih Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman untuk memberi perlindungan kepada haiwan-haiwan terbiar. Pavilion itu dibina khusus oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya