APABILA filem Crazy Rich Asians gagal membuat kutipan pecah panggung pada minggu pembukaannya di China, ia segera heboh diperkatakan. Filem terbitan Hollywood yang menampilkan seratus peratus pelakon berdarah Asia termasuk dari Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat itu mula ditayangkan pada awal bulan ini di negara yang dikategorikan sebagai lokasi pasaran filem kedua terbesar di dunia selepas Amerika Utara (Amerika Syarikat dan Kanada). Namun, kutipan tiga hari pertama tayangan Crazy Rich Asians daripada genre romantik komedi itu hanya berjaya mengumpul kutipan sebanyak AS$1.1 juta (RM4.6 juta) berbanding filem drama jenayah terbitan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya