Kanak-kanak 10 tahun dirogol bapa kandung - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 10 tahun dirogol bapa kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Bapa durjana. Itulah gelaran yang patut diberikan kepada seorang lelaki yang menjadikan anak perempuan berusia 10 tahun sebagai tempat pemuas nafsu sejak tahun lalu di kediaman keluarganya di Taman Changkat Permata, Ampang dekat sini.

Bagaimanapun, perbuatan keji tersebut terbongkar selepas kanak-kanak terbabit menceritakan kejadian berkenaan kepada neneknya sebelum wanita berusia 60 tahun itu membuat laporan polis pada Selasa lalu.

Difahamkan, lelaki berke­naan beberapa kali merogol mangsa selain mencabul kehormatan mangsa dengan meraba bahagian sulitnya sejak kanak-kanak itu tinggal bersamanya sejak tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Mohd. Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 37 tahun itu telah ditahan di sekitar Ampang pada 25 Disember lalu.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak berkenaan sejak kecil dijaga neneknya sebelum diserahkan kepada bapanya tahun lalu dan sepanjang dijaga lelaki berkenaan, mangsa sering dirogol pada waktu malam sehingga awal Disember ini.

“Mangsa kerap menolak tindakan bapanya itu namun dipaksa melakukan perbuatan berkenaan. Mangsa juga tidak memaklumkan kepada sesiapa kerana takut dimarahi suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, pihak­nya menerima maklumat suspek sudah bercerai dengan ibu mang­sa dan seorang adik mang­sa berusia tujuh tahun tinggal bersama ibunya di Rawang.

Jelasnya, suspek kini direman tujuh hari bermula Selasa lalu sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×