PRESIDEN – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan mengakui pasukan The Red Warriors (TRW) semakin terdesak untuk mencari dana sekurang-kurangnya RM3 juta lagi untuk bersaing secara kompetitif pada Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Katanya, dana menerusi geran agihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebanyak RM1 juta tidak mencukupi buat pasukan Kelantan bersaing pada Liga Premier yang akan membuka tirai sebulan lagi. “Kami amat mengalu-alukan mana-mana syarikat untuk tampil menaja skuad Kelantan kerana pihak pengurusan memerlukan sekurang-kurangnya RM3 juta lagi untuk mentadbir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya