SEREMBAN 27 Dis. – Kutipan bayaran tempat letak kereta dan penguatkuasaannya di Bandar Seremban akan dimulakan pada 2 Jan 2019 selepas penangguhan kutipan bayaran sejak September 2017, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Datuk Zazali Salehudin. Beliau berkata MPS telah melantik Syarikat Oval Success Sdn Bhd secara tender terbuka untuk mengendalikan kutipan bayaran menggunakan aplikasi telefon pintar (JomParking) dan sistem kupon untuk urusan pembayaran serta penguatkuasaan tempat letak kereta.…










