KUALA LUMPUR – Kaedah baharu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bakal diperkenalkan, bersifat lebih menyeluruh. Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, kajian mengenai mekanisme baharu itu sedang dalam penelitian pihaknya bagi memastikan kaedah tersebut sesuai untuk semua golongan peminjam. “Golongan kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) sentiasa menjadi keutamaan PTPTN. “Bilangan peminjam tegar adalah sedikit dan kita akan pastikan mereka membayarnya. Bagaimanapun,…










