Juruelektrik didakwa khianat lastik guli ke arah kereta - Utusan Malaysia

Juruelektrik didakwa khianat lastik guli ke arah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang juruelektrik dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas empat pertuduhan melakukan khianat dengan melastik guli ke arah kereta sekitar Kuantan pada Ogos dan pertengahan bulan ini. 

Di hadapan Majistret Nor Azizah Aling, tertuduh Mohd Kamal Jamaluddin, 54, yang beralamat di Perkampungan Sungai Isap 2 di sini, dengan tenang mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan ke atasnya. 

Dia yang bertubuh tinggi lampai itu didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan menggunakan guli kaca pada waktu petang dan malam antara 15 dan 18 Disember lalu di Jalan Kampung Tengah dan Jalan Kampung Baru Seri Teruntum di sini.

Perbuatan tertuduh didakwa menyebabkan tiga pemilik kereta kerugian RM950 selepas cermin kereta mereka pecah apabila guli tersebut mengenai cermin sisi atau cermin belakang kereta mereka. 

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN