KUALA TERENGGANU – Bilangan penduduk terjejas banjir di Terengganu setakat pukul 8 malam ini berkurangan kepada 145 orang daripada 32 keluarga berbanding 666 orang daripada 194 keluarga pada tengah hari tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata, pada masa ini hanya daerah Kemaman masih dilanda banjir. Menurutnya, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi di Hulu Terengganu telah ditutup secara rasmi sepenuhnya pada…