KUALA LUMPUR 15 Dis. – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melanjutkan jualan tiket perjalanan bagi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) sehingga 31 Januari tahun depan, menggunakan waktu jadual sedia ada. KTMB dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, lanjutan tarikh jualan tiket itu berikutan kerja projek menaik taraf infrastruktur dan Sistem Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang masih dalam fasa pelaksanaan. “Perkhidmatan ETS masih mengekalkan jumlah perkhidmatan yang sama…