Jenama fesyen Karl Shafek diundang ke New York Fashion Week - Utusan Malaysia

Jenama fesyen Karl Shafek diundang ke New York Fashion Week

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pengasas jenama baju Neonate Clothing, Karl Shafek mengakui teruja apabila menerima jemputan untuk mempamerkan koleksi pakaiannya di acara fesyen terkemuka, New York Fashion Week (NYFW) pada bulan Februari tahun depan.

Bagaimanapun, Shafek ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia masih mempertimbangkan tawaran tersebut memandangkan kekangan masa yang sangat singkat untuk menyiapkan koleksi baharu.

“Kami kehilangan kata-kata apabila menerima e-mel daripada pihak penganjur. Hal ini kerana, jenama kami masih lagi baru dan tidak sangka pula pihak NYFW sudi untuk menawarkan slot untuk kami.

“Namun, kami masih belum memutuskan sama ada mahu menerima atau tidak memandangkan masalah kekangan masa. Jika ada rezeki, mungkin kami akan ke sana,” kata Shafek.

Begitupun, Shafek sentiasa berhati-hati dengan jemputan seperti itu memandangkan ia mungkin tidak rasmi atau palsu.

“Sebab itu saya memuat naik e-mail berkenaan supaya jenama lain yang mungkin menerima undangan serupa boleh menyelidik dengan lebih lanjut bagi mengelakkan sebarang penipuan,” katanya lagi.

Neonate Clothing merupakan jenama fesyen jalanan yang dibangunkan oleh Shafek pada 2014. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×