Jejantas retak bahayakan orang awam akan dibaiki segera - Utusan Malaysia

Jejantas retak bahayakan orang awam akan dibaiki segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Keadaan jejantas yang retak di hadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dan membahayakan nyawa orang ramai akan dibaiki dengan kadar segera.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah pun maklum dan sedang mengambil tindakan sewajarnya mengenai kejadian yang berlaku pada dua minggu lalu. 

“Jejantas tersebut retak selepas dilanggar sebuah treler yang membawa jentera berat dan mengakibatkan keretakan pada sturkturnya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keadaan struktur masih stabil dan keretakan hanyalah disebabkan impak secara literal dari pelanggaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. 

Jambatan
Keadaan jejantas yang retak di hadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun 

 

Tambahnya, pihak kontraktor kini sedang menjalankan kajian lanjut berkaitan struktur tersebut dan mereka akan mengemukakan laporan lengkap kaedah pembaikannya dalam tempoh dua minggu. 

“Kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan pihak kontraktor selepas mengemukakan laporan itu kepada MBI. 

“Penghadang juga telah dipasang di sekitar jejantas berkenaan agar pengguna tidak menggunakannya demi keselamatan,” katanya. 

Difahamkan, beberapa keping gambar yang menunjukkan keretakan jelas pada jejantas tersebut yang membahayakan nyawa orang ramai itu dikongsi oleh pengguna melalui media sosial sejak semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×