JBPM mahukan keadilan untuk Adib - Utusan Malaysia

JBPM mahukan keadilan untuk Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mahukan keadilan untuk anggotanya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terlaksana walau apa juga kaedah yang diambil pihak berkuasa dalam menentukan punca kematiannya.

Ketua Pengarah JPBM, Datuk Muhamad Hamdan Wahid berkata, jabatan itu juga tidak mahu ada halangan dalam usahanya memperjuangkan keadilan untuk Muhammad Adib. 

“Kita tunggu inkues, macam mana perjalanannya kerana telah ditetapkan (kes Muhammad Adib) dibuat sebagai inkues.

“Kita berdoa keadilan dapat dicapai untuk Muhammad Adib,” katanya kepada pemberita  di sini hari ini.

Terdahulu beliau melawat dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu yang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka selepas mengalami kecederaan semasa operasi memadamkan kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Cheng malam tadi. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN