Jawapan Hishammuddin tentang Ops Yaman 2 lemah - Utusan Malaysia

Jawapan Hishammuddin tentang Ops Yaman 2 lemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jawapan berkenaan isu Ops Yaman 2 oleh bekas Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dianggap lemah dan penuh helah, kata Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), berkata, terdapat beberapa perkara yang dianggapnya lemah dan tidak munasabah antaranya sama ada penglibatan tentera Malaysia mendapat kebenaran Kabinet ataupun tidak.

“Pertama soalan saya adakah Kabinet dan Parlimen dimaklumkan tentang penglibatan (tentera negara) membantu Sekutu Arab Saudi serang Yaman, beliau (Hishammuddin) menjawab isu tersebut dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kebenaran Kabinet mesti diperoleh. Ia tidak dilakukan. Bukankah Parlimen juga badan yang paling berkuasa dan tertinggi di mana penglibatan dalam mana-mana peperangan dengan apa cara pun ia mesti di maklumkan. Ia melibatkan nyawa anggota tentera dan perbelanjaan wang negara,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, Hishammuddin juga tidak menjawab persoalan sama ada tentera Malaysia mengangkut peluru dan bahan letupan. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN