REMBAU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesan perbuatan tidak bertanggungjawab sebuah lori tangki disyaki membuang air basuhan konkrit secara haram di Rantau dekat sini hari ini. Pengarah JAS Negeri Sembilan, Norhazni Mat Sari berkata, perbuatan itu dikesan dilakukan di sebuah kawasan pelupusan sampah berhampiran Sungai Linggi pagi tadi. “JAS Negeri Sembilan turut memperoleh rakaman video sebuah lori yang membuang air basuhan konkrit itu di lokasi tersebut. “Kami sedang…