MELAKA 14 Dis. – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan perintah tahanan reman terhadap seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan janin bayi dalam lubang tandas di sebuah kilang pengeluar cip terkemuka di Batu Berendam pada Selasa lalu. Perintah tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd. Anuar Ostadi terhadap wanita berusia 34 tahun itu. Suspek direman sehingga Ahad…