JURULATIH olahraga kebangsaan, Mohd. Poad Kassim (gambar kecil) lebih gembira pelari-pelari pecut negara dihantar berkelana ke Amerika Syarikat (AS) selama setahun berbanding membazir wang ringgit untuk membayar gaji tinggi kepada pakar dari negara berkenaan. Terdahulu, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menerusi presidennya, Datuk Karim Ibrahim mendedahkan bahawa pihaknya mahu melantik jurulatih dari AS, David Patrick untuk membimbing barisan atlet pecut dan lari berpagar negara bermula tahun depan. Menurut Karim, langkah tersebut…










