KOTA BHARU 12 Dis. – Seorang janda yang berasal dari Pulau Pinang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan menawarkan khidmat pelacuran menggunakan aplikasi WeChat di sekitar bandar ini, minggu lalu. Tertuduh berusia 36 tahun yang merupakan pemilik kedai kucing membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Izzuddin Mohd. Shukri. Dia didakwa mencari langganan atau mendesak bagi maksud persundalan…