GUA MUSANG 20 Dis. – Jambatan sementara Kampung Pulau Setelu di sini yang menjadi penghubung utama jalan Gua Musang-Jeli hari ini ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air Sungai Nenggiri walaupun cuaca baik di kawasan ini sejak awal pagi. Difahamkan, hujan lebat di kawasan hulu Gua Musang menjadi penyebab paras air Sungai Nenggiri naik mendadak dan menenggelamkan jambatan terbabit. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, paras air sungai itu dijangka meningkat hari ini dan sebagai langkah keselamatan, jambatan tersebut akan ditutup kepada semua jenis kenderaan sehingga air kembali…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya