TEMERLOH 7 Dis. – Perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)#DaulatHimpunan812 esok adalah penting dalam memberikan isyarat jelas terhadap kebangkitan orang Melayu dan Islam dalam mempertahankan hak-hak mereka. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, perhimpunan itu tidak akan sesekali menggugat perpaduan tetapi sebaliknya bagi mempertahankan asas pembinaan termasuk kontrak sosial yang menjadi tiang seri dalam pembentukan negara. ‘‘Ingat, kita berhimpun ini sebagai satu isyarat…










