ISA tidak akan dikembalikan - Utusan Malaysia

ISA tidak akan dikembalikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 30 Dis.- Kerajaan tidak akan mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ianya telah dimansuhkan sejak 2012.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun ISA tidak lagi digunapakai, negara masih memiliki akta lain seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan, jika undang-undang keselamatan seumpama itu tiada ia pastinya memberi kesan kepada negara.

“Selain SOSMA, kita ada dua lagi iaitu Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA). Sekarang, kedua-dua akta ini sedang dikaji sama ada perlu dipinda atau tidak.

“Pendek kata, dengan undang-undang keselamatan termasuk perhimpunan aman yang dikuatkuasakan pihak berkuasa negara akan kekal aman untuk hari ini dan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Ke-2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Terdahulu terdapat perwakilan dalam perbahasan hari ini mengusulkan agar ISA dikembalikan semula. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN