NARATHIWAT 29 Dis. – Empat daerah di wilayah Narathiwat, selatan Thailand digegarkan dengan lapan letupan bom dan insiden tembak-menembak antara individu bersenjata dengan pasukan keselamatan. Kejadian itu berlaku sejak petang semalam dan berlanjutan sepanjang malam. Menurut Ketua Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Dusadee Choosankij, mereka telah mengarahkan agar semua anggota polis di wilayah Narathiwat diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga khususnya mereka bertugas di pos-pos keselamatan. Siri keganasan bermula pada 6.30 petang Jumaat waktu tempatan apabila sekumpulan individu bersenjata menyerang hendap pos keselamatan di Mukim Kalisa di daerah Ranget, wilayah terbabit. Kejadian tembak-menembak menggunakan senjata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya