JAKARTA 27 Dis. – Pihak berkuasa Indonesia menaikkan status amaran Gunung Berapi Anak Krakatau daripada waspada kepada siaga, hari ini dan meminta masyarakat tidak berada pada jarak lima kilometer dari puncak gunung berkenaan. Jurucakap Badan Pengurusan Nasional Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, zon berbahaya diperluas dari dua kilometer (km) kepada lima km. “Masyarakat dan pelancong dilarang melakukan aktiviti pada jarak lima km dari puncak kawah Anak Krakatau,” katanya Sutopo.…










