Import makanan ayam antara punca kenaikan harga telur - Utusan Malaysia

Import makanan ayam antara punca kenaikan harga telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKOK SENA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenal pasti kenaikan harga telur di pasaran tempatan yang berlaku kebelakangan ini antaranya disebabkan kos bekalan makanan ayam yang diimport.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebanyakan makanan ayam diimport dari Brazil serta Argentina dan urusan perdagangan dilakukan di Singapura sebelum dibawa masuk ke negara ini.

“Import makanan ayam ini bernilai lebih kurang RM35 bilion setahun, peniaga yang melakukan perdagangan ini tidak ramai kerana bila saya masuk (menjadi menteri) saya teliti perniagaan ini saya dapati hanya ada seramai 25 atau 26 peniaga sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan zakat Suruhanjaya Syarikat Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenaikan harga telur di pasaran tempatan dan sama ada wujud kartel dan monopoli yang mengawal harga produk makanan itu.

Menurut Saifuddin, apabila pengimport terbabit melakukan pemindahan harga, ia seterusnya menyebabkan penternak di negara ini terpaksa membayar harga tinggi untuk mendapatkan makanan ayam dan untuk menampung keadaan itu pula penternak terpaksa menaikkan harga telur. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN