KUALA LUMPUR 14 Dis. – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia adalah pada 4.7 peratus untuk 2018, berbanding ramalan awal sebanyak 5.3 peratus yang dibuat pada 7 Mac lepas. Menurut IMF, inflasi telah menurun dan dijangka berada di sekitar purata 1.1 peratus pada tahun ini. “Pertumbuhan kredit mula meningkat baru-baru ini dan aliran keluar modal telah terkawal. Lebihan akaun semasa dijangka merosot kepada…