KUALA LUMPUR 11 Dis.- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa cuba menipu dan mengelirukan rakyat berhubung isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr, Shamsul Anuar Nasarah berkata, rumusan itu dibuat selepas kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy semalam yang mengesahkan akan komitmen Malaysia untuk menandatangani enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD. Jelas Shamsul Anuar, ini bermakna…