LUMUT 9 Dis. – Seorang wanita merayu sumbangan orang ramai bagi menampung keperluan anak perempuannya yang berusia 11 tahun kerana menghidap penyakit lebihan cecair dalam otak atau hydrocephalus sejak dilahirkan. Norliza Brahim, 33, berkata anak perempuannya, Nurazrina Danila Mohd. Azuar juga mengalami masalah tulang belakang dan semasa berumur 15 hari terpaksa dibedah. “Pergerakan anak saya terbatas kerana tidak mampu berjalan dan bercakap sejak dari kecil lagi. Penjagaannya perlu dititikberatkan terutama dari aspek kebersihan bagi mengelak jangkitan kuman yang boleh menjejaskan kesihatan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. Dia memerlukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya