KALININGRAD, Rusia – Seorang lelaki kehilangan buah zakar akibat ditendang bekas isterinya gara-gara satu pertelingkahan membabitkan lawatan hujung minggu anak mereka di sini baru-baru ini. Rimma Gayazova, 27, bekas peninju zaman persekolahan, didakwa menendang kelangkang bekas suami, Vyacheslav Povetyev, 29, di dalam lif sebuah bangunan di bandar Kaliningrad di sini. Lelaki itu memberitahu polis bahawa dia kini ‘separa kembiri’ dan ‘mandul’ selepas doktor membuang sebahagian buah zakarnya disebabkan skrotumnya pecah.…










