Akhir-akhir ini, boleh dikatakan, begitu banyak polemik yang dicuba diketengahkan oleh pelbagai pihak, sehingga mencipta kegusaran di kalangan rakyat. Boleh diibaratkan hampir kesemuanya berbentuk sensasi sehingga kita boleh menjadi alpa dengan perkara utama yang perlu kita lakukan untuk negara ini. Satu demi satu isu picisan yang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin negara, tidak kira dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Apakah mereka melaung-laungkan isu sebegini adalah untuk sekadar meraih simpati dan populariti atau sememangnya ianya merupakan sesuatu perkara dasar yang perlu diketengahkan? Lebih menyedihkan kebanyakan isu yang diketengahkan itu tidak diiringi dengan maklumat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya