PERNAHKAH anda mencabar; diri tidak tidur selama tiga hari, melakukan pelbagai aktiviti fizikal lain di samping kehilangan nikmat hidup sepanjang tempoh empat bulan? Itu antara keperitan yang perlu ditempuhi setiap pelatih Kursus Asas Komando Pasukan Khas Laut (Paskal) sebelum layak memakai beret ungu, salah satu kemegahan setiap anggotanya. Malah, pelatih turut melalui pelbagai latihan yang mungkin dianggap melampaui batas manusia untuk menjadi anggota komando yang benar-benar mantap dan mampu diatur…










