KUALA LUMPUR 11 Dis. – Skuad Harimau Malaya berdepan laluan berliku untuk menjulang trofi Piala AFF selepas terikat 2-2 dalam aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini sebentar tadi. Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe perlu meraih kemenangan di Hanoi, Sabtu ini atau seri dengankeputusan tiga gol untuk mengatasi kelebihan jaringan yang dimiliki Vietnam bagi mengulangi pencapaian 2010. Dalam aksi hari ini, Harimau Malaya dikejutkan…