KUALA LUMPUR 21 Dis. – Bau busuk, basah dan pernah menemui tikus dan cicak di dalam kasut pelanggan. Itu antara pengalaman yang dikongsi Windra Zain, 45, sepanjang tempoh lebih 10 tahun menjadi tukang kasut di Jalan Pantai Murni 6, Bukit Kerinchi di sini. Menganggap kerja-kerja membaiki kasut sebagai pekerjaan mulia, Windra yang berasal dari Minang, Indonesia itu berkata, semua itu tidak pernah mematahkan semangatnya dan hanya dianggap sebagai ujian kecil.…









