KUALA LUMPUR 16 Dis. – Bina badan dan silat mengharungi hari cemerlang apabila menghadiahkan gelaran dunia dalam kejohanan yang berlangsung di Thailand serta Singapura. Di Chiang Mai, Thailand, kontinjen negara membolot empat pingat emas keseluruhan dalam Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia 2018. Syarul Azman Mahen Abdullah menggondol gelaran hatrik Mr Universe dalam kategori fizik 167 sentimeter untuk muncul atlet pertama dunia melakar kejayaan tersebut. Jaguh bina badan wanita…