PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyiasat sama ada kewujudan aktiviti kartel menyebabkan harga telur meningkat secara konsisten pada setiap minggu sejak beberapa bulan lalu. Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, aktiviti kartel seperti penetapan harga secara pakatan, pembahagian kawasan persaingan dan menghadkan pengeluaran bersama-sama antara pengeluar dan pemborong telur boleh diambil tindakan di bawah Akta Persaingan 2010. Menurutnya, dalam kes sebelum ini, Suruhanjaya…