BENTONG 16 Dis. – Hasrat generasi baharu Felda Lurah Bilut di sini untuk memiliki rumah sendiri hanya tinggal harapan selepas projek pembinaan rumah generasi kedua di tanah rancangan pertama negara itu terbengkalai. Tinjauan Utusan Malaysia di tapak projek itu mendapati, hanya dua rumah contoh siap dibina manakala selebihnya ditinggalkan sehingga dinaiki rumput. AMERUDIN MOHD. YASIN Malah, hanya satu baris rumah yang sempat dibina manakala kawasan tanah lain belum didirikan apa-apa…