Hanya minta tukar cadar, bukan cuci najis - Linda Rafar - Utusan Malaysia

Hanya minta tukar cadar, bukan cuci najis – Linda Rafar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Salah faham yang timbul antara ahli kumpulan Elite, Linda Rafar dengan jururawat sebuah hospital kerajaan berpunca daripada isu minta tukar cadar bukannya cuci najis.

Kata Linda, dia hanya meminta jururawat itu menukar cadar yang terkena najis, bukannya meminta jururawat itu mencuci najis ibunya.

Ekoran kesal dan terkilan dengan sikap jururawat kepada ibunya yang kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan itu, Linda telah meluahkannya menerusi ruangan Instagram Story di Instagram.

Menurut MHE.TV, dalam entri itu, Linda mendakwa jururawat terbabit bersikap kurang ajar selepas diminta menukarkan cadar katil ibunya yang terkena najis.

Difahamkan, jururawat berkenaan juga tidak mengendahkan permintaan Linda dan membiarkan cadar itu kotor sehingga beberapa jam.

Kesal dan terkilan terhadap layanan yang diberikan oleh jururawat kepada ibunya yang kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan, ahli kumpulan Elite, Linda Rafar meluahkannya menerusi ruangan Instagram Story di Instagram.

Dalam entri itu, Linda mendakwa jururawat terbabit bersikap kurang ajar selepas diminta menukarkan cadar katil ibunya yang terkena najis.

Difahamkan, jururawat berkenaan juga tidak mengendahkan permintaan Linda dan membiarkan cadar itu kotor sehingga beberapa jam.

Untuk berita-berita menarik layari www.mhetv.my.

“Saya merayu minta tukarkan cadar yang terkena najis dari pukul 3.00 pagi tadi, sehingga waktu melawat jam 1.00 tengahari masih tidak lagi dilayan.

“Saya dah letak pembantu untuk cuci najis mak saya, ini hanya tukar cadar sahaja. Allahuakbar…jika saya jahat, saya sudah viralkan muka awa

Linda kemudian memuat naik gambar ibunya dengan ucapan terima kasih kepada jururawat lain yang sudi membantu menukar cadar berkenaan selepas berjam-jam lamanya.

Menurut satu laporan, ibu kepada penyanyi dan pelakon ini telah dikejarkan ke hospital minggu lepas apabila sebelah tangannya dijangkiti kuman akibat terkena gigitan serangga tiga bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN