Halalkan ganja perlu pertimbangan, kajian - Utusan Malaysia

Halalkan ganja perlu pertimbangan, kajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG 28 Dis. – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sependapat dengan Kementerian Kesihatan bahawa penggunaan ganja untuk tujuan perubatan di negara ini masih memerlukan pertimbangan dan kajian secara terperinci.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah memberitahu, proses untuk menukar status pengharaman ganja kepada halal melibatkan pengubalan undang-undang dan ia tidak boleh dilakukan secara terburu-buru.

“Dalam Akta Dadah Berbahaya 1952, ganja adalah bahan terlarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Sehingga kini, belum ada sebarang kajian dilakukan di negara ini yang membuktikan ganja berkesan dalam perubatan atau dijadikan sebagai ubat,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan talian hotline AADK di Ibu Pejabat AADK di sini hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan akan mempertimbangkan permohonan syarikat perubatan yang ingin menggunakan ganja untuk tujuan perubatan sekiranya mampu menjalankan penyelidikan sendiri bagi membuktikan keberkesanan dan keselamatannya.


Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye memaklumkan syarikat perubatan perlu melakukan kajian sendiri dan bukan sekadar merujuk kajian dari luar negara untuk mengenal pasti sejauh mana keberkesanan dan keselamatan penggunaan bahan berkenaan.


Terbaharu, kerajaan Thailand membenarkan penggunaan ganja dalam kaedah perubatan dan kajian.

Dalam pada itu, orang ramai kini boleh melaporkan sebarang perlakuan atau gejala dadah kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di talian hotline 03-89112233 atau 019-6262233 yang baru dilancarkan. -UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN