MANILA – Gunung berapi paling aktif di Filipina, Gunung Mayon mula memuntahkan kepulan debu putih setinggi 500 hingga 600 meter dari kawahnya pagi semalam, lapor agensi berita Xinhua yang memetik seorang pakar tempatan. Pakar gunung berapi di Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), Eduardo Laguerta memberitahu Xinhua bahawa letusan air bawah tanah atau letupan disebabkan tekanan wap air berlaku pada pukul 8.17 pagi dan 8.28 pagi (waktu tempatan), namun tiada…










