GSC terajui pengalaman penonton melalui 4DX - Utusan Malaysia

GSC terajui pengalaman penonton melalui 4DX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Apa itu 4DX, ia adalah format baharu empat dimensi yang mempunyai lebih 20 kesan khas yang dirasai oleh penonton menerusi pelbagai kesan seperti getaran, angin, pergerakan dan pencahayaan yang pastinya penonton rasa teruja dan penuh keseronokan sepanjang menonton filem yang diminati.

Efek 4DX itu merupakan yang pertama dan perintis dalam teknologi filem empat dimensi yang memberikan kesan langsung kepada kaki wayang yang boleh merasainya seperti berada di dalam filem berkenaan.

Bayangkan ketika filem memaparkan tiupan angin, penonton turut merasai tiupan angin di tepi telinga sama seperti babak yang berlangsung.

Tidak cukup dengan itu, penonton juga dapat merasai percikan air yang mengenai muka sama seperti yang ditonton itulah yang berlainannya daripada pawagam lain.

4dx
Antara efek 4DX yang dirasai oleh penonton di dalam panggung tersebut.

Efek 4DX pada awalnya anda boleh mencubanya di GSC di Paradigm Mall, Johor Bahru, Johor yang  merupakan panggung wayang terbesar di negeri itu dengan dilengkapi sebanyak 16 skrin serta lebih 2,000 kerusi penonton.

Paling terkini, peminat layar perak di Lembah Klang turut boleh merasai pengalaman itu apabila GSC turut membawakan dimensi 4DX ini di kawasan anda dengan pembukaan pawagam format berkenaan di GSC 1 Utama, Petaling Jaya bulan ini.

Pawagam serba canggih itu membawakan pengalaman teknologi baharu di ibu kota selepas pelancaran pertamanya di Johor Bahru awal tahun lalu.

4DX
Pawagam 4DX dilengkapi 96 tempat duduk yang diletakkan secara berkumpukan empat kerusi.

Di 4DX GSC 1 Utama ia dilengkapi 96 tempat duduk yang diletakkan secara berkumpukan empat kerusi.

Bayangkan ketika menonton filem kesemua tempat duduk akan ‘bergoyang’ bersama mengikut efek dalam filem yang ditonton.

Jadi jom apa lagi, sempena cuti sekolah dan musim perayaan ini apa kata semua kaki wayang menyerbu GSC 4DX di 1 Utama untuk merasai pengalaman berharga menonton wayang seperti berada di dalam filem itu sendiri.

Bagi harga tiket pula, ia adalah berbaloi apabila anda hanya perlu menambah RM18 sahaja daripada harga asal tiket wayang yang diingini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN