Gempar ular tedung selar tiga meter dalam bilik mandi - Utusan Malaysia

Gempar ular tedung selar tiga meter dalam bilik mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT – Sebuah keluarga digemparkan dengan penemuan seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter di dalam bilik mandi rumah mereka yang terletak di Kampung Sungai Gahal, Dusun Nanding di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Hussein Onn, Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pemilik rumah tersebut berhubung penemuan ular itu sekitar pukul 2.42 petang.

“Sebuah jentera dan dua trak bomba dengan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira pukul 2.48 petang sebelum menemui ular tedung selar sepanjang 3 meter itu di dalam bilik mandi rumah tersebut.

“Reptilia tersebut berjaya ditangkap menggunakan pengepit dan penjerut ular sebelum ia dilepaskan di kawasan yang selamat,’ katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Katanya, kesemua tiga ahli keluarga yang tinggal di rumah tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN