KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter menggegarkan kawasan selatan Kepulauan Sandwich pada pukul 10.26 pagi waktu Malaysia, hari ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi pada kedalaman 151 kilometer (km) itu terletak 3,736km tenggara dari Puerto Montt, Chile. Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan sebarang ancaman tsunami. – Bernama
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya