Gempa bumi 5.7 skala Ritcher gegar Bengkulu, Indonesia - Utusan Malaysia

Gempa bumi 5.7 skala Ritcher gegar Bengkulu, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Gempa bumi bermagnitud 5.7 pada Skala Richter menggegarkan daerah Bengkulu di Pulau Sumatera hari ini.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), gempa yang berlaku pada pukul 3.39 petang waktu Indonesia Barat itu berpusat di 42 kilometer (km) Timur Laut Lebong, Provinsi Bengkulu.

Gegaran gempa itu dirasakan di Kota Bengkulu, Kepahiang, Bengkulu Tengah, Manna, Mukomuko, Lebong, Pesisir Selatan, Kepulauan Mentawai, Pariaman dan Padang.

Menurut media Indonesia, penduduk dilaporkan bertempiaran keluar dari bangunan dan kediaman mereka.

Bagaimanapun, BMKG melaporkan gempa itu tidak mencetuskan tsunami.

Setakat ini belum terdapat sebarang laporan kemusnahan harta benda atau kemalangan jiwa. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN