JAKARTA 23 Dis. – Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) menjangkakan berlaku gelombang tsunami kedua di Selat Sunda, dalam masa terdekat. Detik News melaporkan, Ketua Pusat Data dan Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi atau tidak melakukan sebarang aktiviti di kawasan pantai. “Kita khuatir kemungkinan akan ada tsunami susulan kerana Gunung Berapi Anak Krakatau di Selat Sunda masih lagi meletus,” katanya…








