KUALA LUMPUR 4 Dis. – Ahli-ahli UMNO yang akan menyertai himpunan besar-besaran bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Sabtu ini digalakkan supaya memandu kenderaan sendiri. Koordinator UMNO bagi himpunan tersebut, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, langkah itu lebih senang berbanding menaiki pengangkutan awam seperti bas. “Kita menggalakkan ahli-ahli UMNO daripada peringkat cawangan untuk datang sendiri dengan pengangkutan sendiri sebab semua ada kereta. Ahli, ketua cawangan,…










