Gadis nyaris jadi korban lori sampah kitar semula - Utusan Malaysia

Gadis nyaris jadi korban lori sampah kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Sekumpulan pekerja pembersihan sebuah majlis perbandaran di sini sempat menyelamatkan nyawa seorang wanita muda daripada dimasukkan ke dalam sebuah mesin pencanai lori sampah di sini baru-baru ini.

Gadis itu dilaporkan sedang tidur di bawah satu longgokan kadbod buangan di dalam tong barang kitar semula di Brixton, selatan London.

Petugas pembersihan itu membuka penutup tong berkenaan untuk melakukan pemeriksaan sebelum menyedari ada manusia di dalamnya. Selepas dikejutkan, gadis itu memanjat keluar dan meninggalkan kawasan itu.

Satu klip video berdurasi hampir 2 minit menunjukkan kejadian itu dimuat naik ke internet dan ditonton lebih 15,000 kali pada Jumaat lalu.Ramai netizen memuji tindakan kumpulan pekerja pembersihan itu kerana bersikap prihatin dan sempat menyelamatkan nyawa gadis tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN