Food Bank rapatkan jurang golongan kurang berkemampuan - Utusan Malaysia

Food Bank rapatkan jurang golongan kurang berkemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk melaksanakan Food Bank Malaysia dilihat dapat merapatkan jurang antara golongan yang berkemampuan dan sebaliknya.

MUHAMMAD FADZLI HASAN
MUHAMMAD FADZLI HASAN 

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Muhammad Fadzli Hasan yang menyambut baik dan menyokong inisiatif itu dalam mengamalkan semangat berkongsi dalam masyarakat.

“KPDNHEP wajar dipuji kerana melalui usaha ini terbentuk satu budaya yang akan menyatupadukan kepelbagaian kaum dan agama di negara ini dengan amalan bekerjasama serta semangat memberi.

“MBM juga ingin menawarkan khidmat sukarelawan di seluruh negara serta menggalakkan usahawan belia untuk tampil menjayakan agenda ini dengan berperanan sebagai penyumbang makanan dan barangan keperluan harian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, kira-kira 12 buah pasar raya terlibat secara aktif dalam pelaksanaan sesi percubaan inisiatif yang dicadangkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×